Aku Dididik Dengan….
Dear diary,
22 tahun aku hidup atas bumi Allah ni, banyak perkara telah aku belajar. Aku dididik begitu sempurna sekali oleh kedua ibu bapa aku. Setiap pesanan dan tunjuk ajar mereka yang membentuk siapa aku hari ini begitu juga dengan faktor sekeliling kehidupan aku selama 22 tahun.
Aku dididik dengan..
# lebih baik diam dari banyak bercakap. Aku prefer untuk diam jika bertemu dengan insan yang masih belum aku kenal hati-budinya secara sepenuhnya terutama wanita. Lebih sikit aku mengenali dirinya, lebih tinggi risiko untuk aku berkata sesuatu yang akan menyakitinya.
Aku dididik dengan..
# bercerita mengenai perkara-perkara yang mempunyai input serta berfaedah kepada diri aku sendiri dan orang sekeliling. Apapun tidak bermakna tidak boleh bercerita sesuatu yang tiada manfaatnya (sekali sekala)
Aku dididik dengan..
# tidak selalu bertandang ke rumah orang lain tetapi sentiasa mengalu-alukan kedatang tetamu ke rumah sendiri. Setiap tetamu yang datang, akan membawa rezki kepada kita suatu hari nanti.
Aku dididik dengan..
# berpura-pura tidak tahu walhal sebenarnya tahu. Jangan biarkan orang pandang kita tinggi kerana itu menjadi acuan untuk lupa diri.
Aku dididik dengan..
# diam ketika orang lain berkata-kata (tidak menyampuk). Apabila orang bercerita perkara yang salah kepada aku dan beberapa yang lain, aku dididik untuk diam dan mendengar. Tetapi jika ada yang bercerita pada aku seorang sahaja perkara yang tidak benar, selalunya aku akan perbaiki kesalahannya. Usah menegur kesalahan orang di depan orang lain kerana akan menjatuhkan air mukanya.
Aku dididik dengan..
# untuk berpijak di atas kaki sendiri. Apa yang aku nak, aku usaha sendiri untuk dapatkannya walaupun aku mampu dapat hanya dengan meminta pada keluarga. Aku juga terdidik untuk kerja makan gaji kerana sesiapa pun tidak akan kaya melainkan bekerja atas kaki sendiri. Aku benci arahan, dan aku benci mengayakan orang lain
Aku dididik dengan..
# tidak meletakkan wallet (beg duit) di bahagian poket belakang (di punggung) kerana itu membuatkan rezki menjadi mahal. Usah dudukkan duit atau meletakkan duit dibahagian yang kurang enak dipandang)
Aku dididik dengan..
# berbakti pada orang lain tanpa mengharap sebarang balasan. Usah menerima pelawaan orang untuk dibelanja sebaliknya selalu berkongsi apa rezki yang kita ada hari ini bersama teman-teman dan keluarga. InsyaAllah murah rezki.
Aku dididik dengan..
# tidak tidur selepas makan dan memakan organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, paru, dan yang sebagainya kerana itu membuatkan aku menjadi malas dan bermasalah lemah dalam mengingati sesuatu.
Aku dididik dengan..
# tidak tidur menghala kaki ke arah kiblat
Aku dididik dengan..
# tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu hal (selagi mempunyai pilihan).
Aku dididik dengan..
# mengagungi wanita yang mengagungi maruahnya.
Apapun, aku takkan pernah mampu menjadi insan yang sempurna sampai bila-bila untuk sesiapa. But at least, i’ll try my best. Untuk diri, agama, keluarga, masyarakat dan semua. InsyaAllah.
Jika nota ini masih wujud selepas aku tiada, anak-anak ku anggaplah ini sebagai pesanan seorang bapa kepada anak-anaknya. I love you.
- Khai 22 June 2010 - 7:40 pagi
http://ohkhai.com/post/723 443917/aku-dididik-dengan

http://ohkhai.com/post/723
No comments:
Post a Comment